BN Persoal 'Kejayaan' Kerajaan P. Pinang Kurangkan Hutang

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penduduk Pulau Pinang perlu diberitahu bahawa "kejayaan" kerajaan negeri mengurangkan hutangnya daripada RM630 juta kepada hampir RM30 juta adalah kerana pemindahan milik secara pajakan aset air kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan bukannya secara tunai, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu pada Isnin.

"Saya tertanya-tanya kalau dalam tempoh tiga setengah tahun boleh bayar hutang RM600 juta, banyak mana (wang) yang telah dikumpulkan oleh kerajaan negeri?" kata Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012 bagi negeri itu.

Isnin lepas, ketika membentangkan rang undang-undang berkenaan, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri berhutang sebanyak RM630.13 juta pada Mac 2008 tetapi sehingga September tahun ini, jumlah hutang telah berkurangan kepada RM29.66 juta disebabkan antara lain penghijrahan aset air kepada PAAB melalui perjanjian yang ditandatangani pada 2 Jun lepas.

Dalam perbahasannya, Azhar yang juga ketua pembangkang di dewan itu, meminta kerajaan negeri menjelaskan mengapa sejak pakatan DAP, PKR dan Pas memerintah Pulau Pinang tahun 2008, tiada rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan negeri.

"Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) buat apa? Ini untuk kepentingan rakyat. Perkara ini dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara," katanya.

Azhar berkata bahawa setelah lebih tiga tahun berlalu, masih banyak janji kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang belum dilaksanakan.

"(Kerajaan negeri) pernah janji nak wujudkan Tiger Park, mana dia? Sampai sekarang tak ada apa.

"Heboh kata syarikat Korea akan melabur kira-kira RM300 juta untuk buat padang golf di Batu Kawan. Hilang...sampai sekarang tak bunyi-bunyi dah," katanya.

Azhar juga berkata beliau masih menunggu bila anggota exco kerajaan negeri akan mengumumkan aset masing-masing seperti yang dijanjikan.

"Dah tiga tahun enam bulan berlalu, borang tak siap lagi?" katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan