Balkoni Runtuh: Tiga Pekerja Binaan Cedera

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tiga pekerja binaan cedera apabila balkoni tingkat dua sebuah bangunan runtuh ketika kerja-kerja pengubahsuaian giat dijalankan di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini.
Tiga pekerja binaan cedera apabila balkoni tingkat dua sebuah bangunan runtuh ketika kerja-kerja pengubahsuaian giat dijalankan di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini.

PETALING JAYA: Tiga pekerja binaan cedera apabila balkoni tingkat dua sebuah bangunan runtuh ketika kerja-kerja pengubahsuaian giat dijalankan di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9.20 pagi Isnin, kesemua mangsa yang berumur antara 35 hingga 50 tahun sedang melakukan kerja kemasan terakhir pada koridor di tingkat tiga banglo berkenaan.

Akibat runtuhan itu, ketiga-tiga mangsa terjatuh bersama lantai koridor berkenaan sebelum dihempap dan mengakibatkan kecederaan teruk di kepala, badan dan kaki mereka.

Kesemua mangsa kini menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh dan keadaan mereka dilaporkan kritikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad, berkata siasatan awal mendapati bahagian koridor yang dibina tidak kukuh menyebabkan runtuhan berkenaan.

"Ketiga-tiga mangsa sedang bekerja di koridor berkenaan manakala dua lagi rakan mereka di aras bawah sedang membersihkan kawasan pembinaan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, seramai 11 anggota bomba dan penyelamat bersama sebuah jentera dari Sungai Buloh mengambil setengah jam bagi mengeluarkan seorang mangsa yang dihempap konkrit selepas dua lagi rakannya berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital dengan bantuan orang ramai.

Katanya, pihaknya akan meneliti laporan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan sama ada pembinaan banglo itu mendapat kelulusan atau sebaliknya.

Sementara itu, dua lagi rakan mangsa terselamat kerana berada di tingkat bawah banglo berkenaan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan