Bakti, Yayasan Al-Bukhary Derma US$300,000 Kepada Mangsa Banjir

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Badan Amal dan Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dan Yayasan Al-Bukhary menderma US$300,000 (RM930,000) kepada mangsa banjir di Thailand dan Kemboja serta gempa bumi Turki di Seri Perdana di sini, Isnin. Presiden Bakti Datin Seri Rosmah Mansor menyerahkan sekeping cek kepada Duta Besar Thailand, Thana Duangratana, timbalan ketua Kedutaan Besar Turki, Yasin Temizkan dan Konsuler Kedutaan Diraja Kemboja, Oum Bopha, setiap negara menerima US$100,000(RM310,000).

Hadir sama di majlis penyerahan cek ialah Naib Presiden Bakti Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, yang juga isteri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rosmah dalam ucapannya berharap jumlah tersebut sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesakitan dan kesengsaraan setiap mereka akibat bencana yang dialami. "Kami sangat bersedih di atas kehilangan jiwa, harta benda dan terjejasnya kehidupan mereka yang menjadi mangsa. Takziah juga kepada keluarga yang kehilangan saudara mara yang disayangi," tambah beliau. Rosmah berkata Bakti bergembira dapat menyumbang dan membantu meringankan derita mereka yang terjejas dengan kejadian yang malang ini.

Beliau menggesa kalangan syarikat dan rakyat Malaysia supaya menyahut secara positif terhadap seruan menyumbangkan derma kemanusiaan secara bermurah hati.

"Saya juga ingin menyeru masyarakat antarabangsa membuat sumbangan perlu kepada rakyat Thailand, Kemboja dan Turki," katanya.

Dalam pada itu Thana Duangratana dalam ucapannya berkata pihaknya bernasib baik mempunyai rakan-rakan termasuk di Malaysia yang masih menyokong dan memberi sumbangan kepada mangsa berjumlah lebih dua juta orang dari 26 wilayah di bahagian utara dan tengah negara itu yang terjejas akibat banjir sejak 25 Julai lepas. Yasin Temizkan dan Oum Bopha berterima kasih kepada Bakti, Yayasan Al-Bukhary dan semua rakyat Malaysia di atas sumbangan yang diberikan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan