Ahli Parlimen Padang Serai Diarah Keluar Dewan

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen, Padang Serai Gobala Krishnan diarahkan keluar dewan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana mengganggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh ketika membentangkan usul.

Dewan kelihatan tegang apabila Gobala tidak henti-henti mencelah Karpal Singh selama tujuh minit walaupun diarahkan untuk berhenti bercakap dan duduk oleh Tuan Speaker.

"Kamu perlu mendengar peraturan saya sebelum kamu membuat peraturan kamu semua. Jadi saya minta Padang Serai duduk, Bukit Jelutong duduk atau saya mengarahkan kamu keluar kerana tidak mengikut peraturan Dewan," kata Dr Wan Junaidi.

Terdahulu Karpal Singh membangkitkan isu Kampung Buah Pala yang beberapa minggu lepas kecoh apabila Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menulis di Twitternya-'Mungkin dia nak roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada'.

Tweet Khairy itu adalah berseloroh dengan Papagomo yang menjadi isu utama mengenai kes anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mencabul kehormatan rakan sekolahnya yang dibangkitkan berulang kali di Dewan Rakyat oleh DAP.

Gobala bagaimanapun diarahkan masuk semula ke dewan pada sebelah petang oleh Dr Wan Junaidi.

Namun, Karpal merasakan denda terhadap Gobala terlalu ringan kerana tidak dibenarkan masuk dewan hanya beberapa jam sebelum sesi perbahasan di sebelah petang bersambung semula.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan