7,920 Dilantik Semula Sebagai GSTT

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sehingga 18 Ogos lalu, seramai 7,920 telah dilantik semula sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di seluruh negara termasuk Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, daripada jumlah itu kira-kira 1,258 sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti melalui mode KPLI-KDC atau KDPM-KDC manakala 862 lagi tidak melaporkan diri untuk bertugas.

"Semua yang dilantik ini memenuhi syarat asas ditetapkan oleh kementerian iaitu berumur kurang 35 tahun pada 2010, berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun dan memenuhi syarat lantikan Anggota Perkhidmatan Awam," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abd Rahman Dahlan yang ingin mengetahui mengapa masih ada GSTT di Sabah yang belum diambil bekerja secara tetap.

Wee berkata, bagi negeri Sabah, sehingga bulan lalu, seramai 516 orang telah dilantik semula sebagai GSTT manakala selebihnya akan ditawarkan terus untuk mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada Januari tahun depan.

"Tawaran untuk mengikuti kursus-kursus di IPG bergantung kepada syarat asas mengikuti latihan perguruan seperti yang telah ditetapkan kerajaan," katanya.

Tambah beliau, kementerian sedang merancang untuk menyediakan kira-kira 7,508 tempat bagi semua GSTT yang telah dilantik bermula Januari 2012 menerusi mod sepenuh masa di bawah KPLI-SR, KPLSPM dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan