100 Peniaga Di Kuala Langat Bantah Kerajaan Roboh Kedai

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LANGAT: Kira-kira 100 peniaga di Jalan Sekolah 1, Jenjarom, di sini Ahad, mengadakan bantahan secara aman bagi menuntut penjelasan kerajaan Selangor kerana merobohkan gerai yang mereka usahakan sejak 60 tahun lepas.

Peniaga terbabit mendakwa kedai mereka dirobohkan pada 26 September lepas atas arahan kerajaan negeri.

Seorang peniaga Kay Teng Khoon, 76, berkata kerajaan negeri sepatutnya menawarkan pampasan setimpal kepada mereka, dan bukannya memberi sebuah kedai berkeluasan tidak sampai 100 kaki persegi.

"Tanah untuk kedai ini sudah dimiliki sejak zaman pemerintahan British lagi, kini hak kami sejak empat generasi lalu dirobohkan tanpa apa-apa pampasan setimpal diberikan," katanya ketika ditemui pemberita di tapak gerai mereka.

Katanya mereka difahamkan tempat tersebut diperlukan untuk kegunaan sekolah dan akur serta bersetuju dengan cadangan itu, namun mahu kerajaan negeri memberi pampasan sewajarnya seperti wang atau tapak perniagaan yang bersesuaian.

Peniaga terbabit yang turut disertai keluarga masing-masing juga berkata mereka berkumpul bagi membantah tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Telok Datok dari DAP Philip Tan Choon Swee dan Anggota Parlimen Kuala Langat dari Parti Keadilan Rakyat Abdullah Sani Abdul Hamid yang didakwa lepas tangan dalam isu itu.

Seorang lagi peniaga Siah Peck Yoke, 53, pula berkata dalam satu mesyuarat yang pernah diadakan sebelum ini, mereka dijanjikan pemilikan tanah kerana sudah menduduki kawasan tersebut sejak lebih 30 tahun namun itu hanya janji.

"Saya nak tanya mana semua orang kerajaan, adakah mereka turun menjalankan tugas ataupun hanya tidur.

"Saya ingin mereka jawab adakah mereka tidur saja," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia Mohd Ridzuan Abdullah berkata pihaknya akan cuba membantu peniaga terbabit dengan membawa isu tersebut kepada Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional Selangor.

"Kami berharap keadaan yang berlaku seperti ini tidak akan berulang di kawasan lain dan mungkin menjadi petunjuk kepada rakyat Selangor untuk memilih kerajaan sebenar," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan