Tun Mahathir Harap Kerajaan Buat Kelonggaran Dalam Pelan Pembangunan Langkawi

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan dapat memberi kelonggaran dalam melaksanakan Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi bagi mengelakkan peruntukan untuk pembangunan itu lambat digunakan.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peruntukan hampir setengah bilion untuk pembangunan Langkawi tetapi sebarang projek pembangunan sering mengambil masa yang lama terutama perkara proses pengambilan tanah.

"Kalau beri kelonggaran kita boleh capai apa yang hendak dilakukan. Kalau nak ambil tanah sahaja, makan masa setahun. Setahun lepas tu baru boleh buat. Jadi peruntukan itu tidak dibelanjakan.

"Saya percaya kerajaan negeri Kedah boleh meluluskan permohonan tanah dengan cepat tetapi prosedur kerajaan kena ikut...ini yang makan masa," katanya kepada Bernama di sini.

Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Okt lepas mengumumkan Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420 juta.

Antara inisiatif yang diambil ialah menyusun semula Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), penubuhan pasukan renjer hutan, menaik taraf muzium, kawasan pantai dan perniagaan serta menyediakan sistem pengangkutan yang lebih efisien.

Mengenai dakwaan banyak pihak terutama penduduk tempatan bahawa kerajaan kurang memberikan perhatian untuk membangunkan Langkawi berbanding ketika beliau menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata pandangan itu mungkin dibuat kerana ketika beliau mula membangunkan Langkawi, tidak banyak pembangunan yang ada berbanding sekarang.

"Daripada takde langsung, bila ada memang orang nampak. Bila dah ada, (projek) tambahan yang dibuat tak begitu nampak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan