TNB Guna Teknologi Canggih Untuk Kesan Kecurian Elektrik

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini menggunakan bantuan teknologi canggih untuk mengesan kes kecurian elektrik yang semakin berleluasa di negara ini.

Pada tahun ini saja, TNB telah berjaya mengesan peningkatan tiga kali ganda kes kecurian elektrik berbanding dua tahun lalu.

Berbekalkan penggunaan meter berteknologi tinggi dan perisian baru serta dibantu oleh pasukan penguatkuasaan dan kerjasama yang baik dengan agensi kerajaan, bilangan kes yang direkodkan dalam laporan kewangan TNB 2011 (yang berakhir 31 Ogos) meningkat kepada 24, 659.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan ketara berbanding laporan kewangan TNB pada 2009 dan 2010.

Pada 2009, sebanyak 8,871 kes berjaya dikesan manakala 9,350 kes dicatatkan pada 2010.

"Jumlah itu berjaya direkodkan kerana kami kini memiliki meter pengesan gangguan berteknologi tinggi dan meningkatkan kawalan penguatkuasaan dan beberapa inisiatif lain," kata jurucakap TNB kepada The Star.

Katanya, TNB telah menanggung kerugian ratusan jutaan ringgit akibat kes kecurian elektrik.

Dalam laporan terdahulu The Star, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dipetik sebagai berkata, kerugian yang ditanggung syarikat itu akibat kecurian eletrik mencecah RM500 juta setiap tahun.

Di bawah Seksyen 37, Akta Bekalan Elektrik, sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara oleh Suruhanjaya Tenaga manakala TNB boleh memfailkan kes sivil untuk memulihkan kerugian mereka di bawah Seksyen 38, akta yang sama.

Walaupun jumlah denda amat besar, TNB berkata, kes kecurian elektrik masih berleluasa.

Untuk menangani kegiatan itu, TNB menambah pasukan penguatkuasaan kepada 450 anggota berbanding hanya 70 orang pada 2009.

Selain itu, TNB turut menyeragamkan Unit Khas Gangguan dan Pemasangan Meter bagi menjamin pengurusan dan perancangan yang lebih strategik, melabur dalam meter berteknologi tinggi yang dilengkapi ciri-ciri anti kecurian dan menjalin kerjasama dengan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membendung kegiatan kecurian itu.

"Ganjaran akan ditawarkan kepada pemberi maklumat yang tetap dan berdaftar," katanya yang turut menambahm pemberi maklumat boleh menghubungi Pusat Pertanyaan Sehenti TNB di talian 1300 88 5454 atau layari www.tnb.com.my.

Daripada 42,000 kes yang direkodkan antara 2009 dan 2011, TNB telah mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang disyaki mencuri elektrik di bawah Seksyen 39, Akta Bekalan Elektrik 1990, kata jurucakap itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan