Syor Tubuh Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Akan Dibincangkan Selanjutnya

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERTH: Ketua-ketua kerajaan Komanwel telah memutuskan untuk merujuk perakuan oleh Kumpulan Tokoh-tokoh Terkemuka (EPG) bagi penubuhan Suruhanjaya bagi Hak Asasi Manusia kepada setiausaha agung Komanwel dan Kumpulan Tindakan Peringkat Menteri (CMAG), kata Datuk Seri Najib Razak di sini Sabtu.

Perdana Menteri berkata terdapat beberapa perbezaan pendapat mengenai perkara itu tetapi ini tidak bererti tidak ada komitmen kepada proses itu iaitu mengenai prinsip peraturan undang-undang, hak asasi manusia dan demokrasi.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri dua sesi santai, beliau berkata persoalannya hanyalah dalam bentuk bagaimana ia ditubuhkan.

"Jadi diputuskan syor itu dirujuk kepada setiausaha agung dan CMAG.

"Bukan kita menolak prinisip itu, cuma bagaimana kita akan lakukannya...

"Kita mahukan konsensus tetapi kita belum dapat konsensus lagi," kata beliau. Beliau berkata setiausaha agung dan CMAG akan meneliti, membincang dan seterusnya mengemukakannya kembali kepada ketua-ketua (kerajaan).

Mereka akan membincangkan selanjutnya tentang sama ada ia dalam bentuk sebuah suruhanjaya atau memperkukuhkan lagi jawatan setiausaha agung atau mengadakan jawatan timbalan setiausaha bertanggungjawab bagi hak asasi manusia.

Ditanya mengenai pandangan mesyuarat itu tentang kerelevanan CHOGM, Perdana Menteri berkata itu tujuan mesyuarat, menjadikannya lebih relevan.

"...Untuk menjadikannya lebih relevan dan agar Komanwel berubah mengikut masa. Sebab itu EPG diwujudkan dan kita telah menerima Piagam Komanwel sekarang dan komitmen terhadap prinsip demokrasi, peraturan undang-undang dan hak asasi manusia.

"Ini menunjukkan kesungguhan kita untuk bergerak ke arah itu secara positif ditambah dengan 104 perakuan lagi yang dikemukakan oleh EPG," kata beliau. Menteri-menteri luar itu akan membincangkan selanjutnya 104 perakuan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan