Rais Wakili Malaysia Pada Persidangan London Mengenai Ruang Siber

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Dr Rais Yatim akan menghadiri Persidangan London mengenai Ruang Siber bermula Selasa bagi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib sedang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, Australia.

Persidangan London selama dua hari yang akan dihoskan oleh Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel British William Hague, akan membabitkan dialog yang lebih fokus dan inklusif di kalangan pemain utama ruang siber dari seluruh dunia termasuk daripada kerajaan, industri dan masyarakat sivil.

Ia berobjektif untuk membangunkan persefahaman kolektif mengenai bagaimana untuk melindungi dan memelihara peluang-peluang yang banyak yang ditawarkan oleh pembangunan ruang siber.

Persidangan akan menumpukan pada lima tema: pertumbuhan ekonomi dan pembangunan; faedah sosial; jenayah siber; akses selamat dan bolehpercaya; dan keselamatan antarabangsa.

Dr Rais, sebelum ini berkata Malaysia akan mencadangkan pada persidangan itu gagasan sesuai bagi penggunaan internet yang lebih bertanggungjawab.

Cadangan itu bukan bererti mahu menahan atau menapis maklumat yang disebarkan melalui internet, katanya.

"Sebaliknya ini bagi memastikan perlu ada sikap tanggungjawab di antara hak asasi manusia dan melindungi kepentingan awam selaras dengan undang-undang antarabangsa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan