Pemimpin Setuju Wujud Piagam Komanwel

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERTH: Ketua-ketua kerajaan Komanwel bersetuju untuk mewujudkan Piagam Komanwel yang akan membawa kepada sebuah Komanwel yang lebih vibran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini Sabtu.

Beliau berkata piagam itu akan membolehkan dunia dan generasi baru mengetahui apa yang diperjuangkan oleh Komanwel.

"Ini merupakan satu perkembangan supaya dunia akan mengetahui dan generasi akan datang akan memahami dan menghayati apa dia sebenarnya Komanwel," Najib memberitahu pemberita Malaysia di sini Sabtu.

Katanya ini merupakan hasrat sebenar Komanwel. Najib, yang telah menghadiri dua rundingan santai hari ini, berkata Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) telah bersetuju menerima pakai charter (piagam) ini yang merupakan nilai pengukuhan yang telah diputuskan sebelum ini.

"Ia bukanlah unsur-unsur baru tetapi satu usaha untuk "codify" segala perkara yang telah diterima sebagai nilai yang boleh dikaitkan dengan Komanwel sebagai sebuah badan," katanya.

Najib berkata pegawai-pegawai kanan akan meneliti rangka piagam dan ia seterusnya akan dibentangkan kepada menteri-menteri luar untuk pertimbangan di New York pada Sept tahun depan ketika menteri-menteri itu menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Selepas itu perkara ini akan dirujuk kepada ketua-ketua negara dan kerajaan, katanya.

"Tetapi ia akan dibereskan menjelang hujung tahun depan," kata beliau.

Najib mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tiga hari itu yang berakhir Ahad. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan