MCPF Minta Kerajaan Wujudkan Sistem Rekod Peribadi Jual Beli Asid

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) pada Ahad mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu sistem bagi merekod butiran peribadi dalam prosedur jual beli asid.

Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata dengan adanya sistem tersebut pihak polis dapat mengesan penjenayah dengan mudah.

"Sekarang ini tidak perlu daftarkan nama, tidak perlu nyatakan sebab pembelian atau kegunaan untuk membeli asid serta cuka getah ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau mengulas cadangan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Datuk Khairun Aseh supaya kerajaan memperketatkan prosedur jual beli asid terutama cuka getah bagi mengelakkan jenayah simbah asid ini terus berlaku.

"Kami berharap pihak kerajaan memperketatkan jualan dengan mewujudkan satu sistem bagi merekod butiran peribadi individu yang terlibat dalam pembelian bahan beracun ini," kata Lee.

Cuka getah dijual pada harga antara RM2 hingga RM2.50, yang mengandungi 125 mililiter dan buat masa ini bahan ini boleh didapati di mana-mana kedai dengan begitu mudah sekali bagi penjenayah untuk membelinya, katanya.

Beliau berkata perbuatan menyimbah asid merupakan satu jenayah yang mendatangkan trauma kepada mangsanya.

"Bagi saya tindakan menyimbah asid ini boleh dianggap jenayah ganas dan ia bukan bertujuan untuk membunuh tetapi untuk menyakiti dan mencacatkan mangsa.

"Mangsa akan menjadi trauma dan mengalami tekanan hidup disebabkan kecacatan yang dialami," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan