Malaysia Sentiasa Usaha Rebut Kesempatan Mohon Tingkat Kuota Haji

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Malaysia sentiasa mengambil kesempatan daripada perjumpaan tahunan dengan pihak berkuasa mengenai haji di Arab Saudi, untuk membincangkan isu mengenai penambahan kuota haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beberapa bulan selepas musim haji, biasanya bulan April, beliau bersama pihak Tabung Haji akan kembali ke Arab Saudi untuk mengadakan perjumpaan atau 'post mortem' dengan kerajaan Arab itu untuk meninjau prestasi pelaksanaan ibadah haji yang lepas.

Beliau berkata Arab Saudi akan diwakili oleh Kementerian Haji dan Wakaf, serta setiap badan yang bertanggungjawab mengenai urusan haji, daripada pihak yang menyambut ketibaan jemaah di lapangan terbang, kepada pengangkutan, penginapan, dan ziarah, sehingga kemudahan di Arafah, Muzdalifah, Mina dan sebagainya, yang akan membuat komen serta teguran mengenai apa yang berlaku pada musim haji lepas.

Menurutnya di setiap perjumpaan itu pihaknya akan mengambil kesempatan untuk mengutarakan isu mengenai penambahan kuota jumlah jemaah haji Malaysia yang dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci setiap tahun.

"Isu kuota ini fenomena sejagat, semua negara di seluruh dunia menghadapi fenomena ini, untuk membawa jemaah seramai mungkin menunaikan haji di tanah suci," katanya kepada kumpulan media Tabung Haji ketika ditemui di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia (Hal Ehwal Haji) di sini, lewat Sabtu, sebaik tiba di sini dari Kuala Lumpur.

Jamil berkata ketika ini terdapat 5.7 juta pendeposit Tabung Haji, dengan 733,000 daripadanya sudah mendaftar dan masih menunggu kebenaran untuk menunaikan haji, semasa jumlah kuota yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi tahun ini ialah kira-kira 28,000, meningkat kira-kira 2,000 berbanding tahun lepas.

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang menambah jumlah kuota tersebut tahun ini.

Menurutnya kerjasama baik yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi itu juga berkait rapat dengan hubungan akrab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kerajaan Arab itu.

Jamil seterusnya berkata Tabung Haji merupakan sebuah institusi Islam yang unik dan hebat apabila ia bukan sahaja bertanggungjawab menyempurnakan ibadah pelanggan, pada masa yang sama ia memberikan pulangan baik kepada pendeposit, apabila keuntungan institusi itu mencecah berbilion ringgit.

Katanya selain itu keuntungan yang diberikan kepada pendeposit juga sudah mengambil kira tanggungjawab menunaikan kewajipan menyempurnakan tuntutan pembayaran zakat.

"Ini yang perlu dipertahankan, untuk menjadikan Tabung Haji ini bukan sekadar institusi biasa, tapi sebuah institusi yang dapat beri balik pulangan yang baik kepada orang Islam," katanya.

Januari lepas pengerusi Lembaga Tabung Haji Malaysia Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor mengumumkan pembayaran bonus 5.5 peratus bagi tahun 2010 yang berjumlah RM1.33 bilion, dan peningkatan pembayaran bonus itu dibuat berikutan prestasi kewangan Tabung Haji yang lebih baik tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan