LDP Terus Sokong Perjuangan BN:Liew - Berita Semasa | mStar

LDP Terus Sokong Perjuangan BN:Liew

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Parti Liberal Demokratik (LDP) akan terus menyokong perjuangan Barisan Nasional (BN) terutamanya dalam prinsip perkongsian kuasa dan kesamarataan, kata Presiden parti itu Datuk Liew Vui Keong.

Katanya prinsip yang menjadi tunggak dan asas penting bagi BN itu mesti dikekalkan dan dihormati demi kesinambungan pucuk pimpinan BN.

"Walau apa pun yang telah berlaku dalam perkembangan politik yang menyebabkan konflik dan kegusaran antara beberapa personaliti, ia tidak patut diungkit bagi memprejudiskan prinsip BN secara keseluruhannya.

"Prinsip penting yang telah lama wujud bagi mempertahankan kepentingan negara itu haruslah sentiasa dijadikan sebagai tiang kekuatan dan asas penting bagi kestabilan politik dalam BN dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian Kongres LDP ke-22 di sini hari ini, yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Liew, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata parti itu menghargai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin kerana sentiasa menyokong dan memberi semangat untuk meneruskan perjuangan politik di negara ini terutama di Sabah.

Katanya LDP akan sentiasa bersama sebagai satu keluarga yang besar dalam B Nbagi meneruskan perjuangan demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Beliau berkata parti itu juga bersedia untuk memikul tanggungjawab untuk membuktikan kemampuan sebagai parti komponen penting dalam BN yang boleh membawa kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan