Kerajaan Pusat Tetap Bantu Kedah Walaupun Tiada Permohonan

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Kerajaan Pusat tetap akan menghulurkan bantuan banjir kepada rakyat Kedah walaupun Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak memohon peruntukan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan pusat akan terus membantu rakyat selari dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Bagaimanapun, Kerajaan Kedah wajar mempunyai persediaan pada tahap yang tinggi bagi menghadapi sebarang malapetaka selain banjir supaya dapat bergerak dengan pantas membantu rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Wang Zakat dan Penyerahan Lembu Korban Umno Bahagian Jerai di Kompleks Fama di Guar Chempedak dekat sini Sabtu.

Mukhriz mengulas kenyataan Kerajaan Kedah yang merayu agar Kerajaan Pusat menyalurkan bantuan bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini bulan depan.

Beliau turut berharap kerajaan negeri tidak mempolitikkan musibah bencana alam.

"Cumanya apa yang kita nak pastikan adalah jangan jadi seperti sebelum ini iaitu Kerajaan Pusat membantu tetapi Kerajaan Negeri ambil nama dan di sini kita tidak perlu politikkan bencana alam. Sekiranya bencana alam pun masih dipolitikkan ia menjadikan saya kecewa sangat," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan