Elaun Sara Hidup Kepada 55,000 Nelayan Tahun Hadapan

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Kerajaan Persekutuan akan terus menyalurkan bantuan elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepadalebih 55,000 nelayan di seluruh negara tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata peruntukan lebih RM230 juta disediakan dalam bajettahun depan bagi tujuan itu.

"Sepatutnya bantuan itu dihentikan apabila berakhir tahun ini, tapi atas keprihatinan kerajaan peruntukan itu diteruskan demi menjaga kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita ketika merasmikan programkeselamatan dan kesihatan nelayan di Kompleks Jabatan Perikanan Tawang di sini, Ahad.

Lebih 200 nelayan menyertai majlis itu yang turut dihadiri Pengarah Perikanan Kelantan, Datuk Mohamad Mat Saman dan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Adnan WanIbrahim.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, daripada jumlah itu RM5 juta di peruntukkan bagi membantu 2,800 nelayan di Kelantan.

Beliau berkata mereka termasuk dari Jajahan Tumpat, Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh yang mempunyai pendapatan tidakmelebihi RM500 sebulan.

Katanya ini menunjukkan kerajaan Persekutuan amat prihatin dengan nasib nelayan yang masih hidup miskin dengan menyediakan pelbagai bantuan saperti insentif penangkapan ikan, subsidi minyak,bot dan pukat selain elaun sara hidup bulanan.

Pada majlis itu beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok menyampaikan lesen sampan baru kepada 103 nelayan Bachok. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan