Cadangan SPR Benarkan Media Mengundi Lebih Awal Dialu-alukan

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan masyarakat media di negara ini mengundi lebih awal mendapat sambutan positif daripada golongan media di Sarawak.

Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) Pang Boon Soon berkata sudah tiba masanya SPR memperluaskan skop itu kepada mereka yang boleh dibenarkan mengundi lebih awal.

"Ia akan lebih memudahkan kita kerana pada hari mengundi kita sudah tentu tidak boleh mengundi kerana terlalu sebuk dengan acara dari masa pengundian sehinggga pengumuman keputusan," katanya yang juga bendahari Persatuan Wartawan Sibu (SJA) kepada Bernama di sini Ahad.

FSJA yang ditubuhkan pada 1981 oleh Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) dan Institut Wartawan Rejang dan Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) mewakili lebih 300 wartawan di Sarawak.

Pengerusi KDJA Alice Wee berkata media diberi peluang untuk menggunakan hak demokratik semasa pilihan raya tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan komitmen rasmi.

"Media hendaklah diberikan hak keistimewaan (mengundi awal atau undi pos) kerana ia akan dihantar lebih awal atau bertugas ke luar kawasan semasa pilihan raya dan dan agak menyedihkan mereka tidak boleh pulang ke kawasan pilihan rayanya untuk mengundi disebabkan komitmen kerja," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas cadangan itu di sini Ahad.

Beliau berharap SPR boleh mempercepatkan pelaksanaan cadangan itu agar ia boleh dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Presiden NSJA Rick Wong juga memuji cadangan itu bukan hanya meliputi media tetapi juga sektor kritikal lain seperti perubatan.

Jumaat lepas, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata selain media, ia juga bercadang membenarkan komuniti perubatan, syarikat penerbangan dan persisiran minyak dan gas mengundi lebih awal seperti pasukan polis dan angkatan tentera pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung Penambaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini telah menilai beberapa cadangan lain seperti penggunaan dakwat dan sistem biometrik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan