Barangan Keperluan Semasa Aidilfitri Dijamin Mencukupi

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Walaupun kerajaan tidak mengadakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan pada sambutan Hari Raya Aidiladha minggu depan, ia tidak bermakna para peniaga boleh sesuka hati menaikkan harga barang dan terlepas daripada sebarang tindakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak penguat kuasa kementeriannya tetap akan memantau harga barang keperluan rakyat semasa sambutan Aidiladha itu nanti.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana peniaga yang menaikkan harga barang terutamanya barang yang disenaraikan sebagai barang kawalan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesra bersama penduduk di Felda Purun di sini, Ahad.

Beliau berkata Skim Kawalan Harga Musim Perayaan hanya diadakan pada Hari Raya Puasa, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina sahaja.

"Ini tidak bermakna para peniaga boleh menaikkan harga barangan mereka sesuka hati sekalipun kita tidak mengadakan skim kawalan harga musim perayan itu," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa bekalan barang-barang keperluan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha adalah mencukupi.

Mengenai Skim Kawalan Harga semasa sambutan Deepavali lepas, beliau berkata tiada aduan terhadap peniaga menaikkan harga barang atau menyorok barang dilaporkan berlaku.

"Semua peniaga mematuhi arahan dan menjual mengikut harga ditetapkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan