PNS Tawar Skim Pembiayaan Kecil Untuk Perniagaan Francais

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggalakkan orang ramai menceburi industri francais dengan menyertai Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF) di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan skim berkenaan adalah antara pelbagai inisiatif kementerian dalam menggalakkan penglibatan besar orang ramai dalam industri francais di negara ini.

"Kementerian memperuntukkan RM8 juta untuk skim pembiayaan itu...golongan muda khususnya digalakkan menyertai skim francais ini yang memberi hasil keuntungan yang lumayan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Francais Komuniti di Dataran Prima Saujana, di sini, malam ini.

Teks ucapannya dibacakan Timbalannya Datuk Rohani Abdul Karim.

SPKF dibangunkan khusus untuk menambah jumlah francaisi tempatan dengan modal bantuan kewangan yang kecil, katanya.

Ismail Sabri berkata, para peserta dalam skim itu juga menikmati kadar faedah yang rendah berbanding skim pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang lain.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan