Perlis Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir - Berita Semasa | mStar

Perlis Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perlis sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir berikutan terdapat ramalan hujan lebat yang akan berlaku bulan depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Sabtu.

Beliau memberi jaminan stok makanan adalah mencukupi dalam menghadapi ancaman itu manakala Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perlis pula bersiap sedia untuk beroperasi 24 jam.

Perlis juga telah memohon peruntukan kepada kerajaan pusat untuk membolehkan kerja-kerja mendalam dan membersihkan sungai, parit dan longkang dapat dilaksanakan dengan sempurna," katanya.

Md Isa berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan program Operasi Khidmat Masyarakat (Opkim) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau di Sanglang dekat sini.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan jumlah sebenar peruntukan yang telah dipohon tetapi menurutnya, ia bertujuan mengurangkan risiko banjir apabila semua sungai, parit dan longkang dibersihkan.

Sementara itu, semasa merasmikan program yang membabitkan 210 pelajar itu, beliau berharap para penduduk dapat memanfaatkan program itu untuk mengenali UiTM dengan lebih dekat.

Katanya apabila mereka didedahkan dengan institusi pengajian tinggi itu, sudah pasti akan meningkatkan semangat mereka untuk menggalakkan anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pengajian di UiTM.

Rektor UiTM Perlis, Prof Dr Khudzir Ismail berkata para pelajar yang menyertai program itu tinggal bersama 105 keluarga angkat di tujuh buah kampung seluruh Perlis iaitu kampung Pokok Jawi, Guar Syed Alwi, Kampung Rama/Permatang Keriang, Padang Telela, Sungai Padang, Kuala Sungai Baru dan Kampung Chelong.

Sepanjang menyertai program itu para pelajar akan menyertai pelbagai kegiatan kemasyarakatan, mengadakan promosi dan taklimat peluang pengajian di UiTM, sukaneka dan menjalankan kegiatan pengindahan pantai. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan