Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIT BUNTAR: Ketua Umno Bahagian Parit Buntar Datuk Abdul Raman Suliman, 62, meninggal dunia di Hospital Daerah Parit Buntar, di sini malam tadi.

Beliau yang menghidap sakit buah pinggang disahkan meninggal dunia pada 12.20 tengah malam, iaitu kira-kira sejam selepas terjatuh di rumahnya di Kampung Kedah di sini.

Pembantunya Mohd Jamil Yahaya ketika ditemui Bernama hari ini, berkata Allahyarham ditemui terbaring di dalam bilik air di rumahnya, oleh isteri Datin Saemah Hussein.

Kejadian berlaku sejurus selepas Abdul Raman yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kembali daripada menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Perak di Ipoh.

Mohd Jamil berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedah sebelum Zohor hari ini.

Allahyarham meningggalkan seorang isteri dan enam anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan bekas Timbalan Menteri Pertanian Datuk Mohd Shariff Omar antara yang menziarahi keluarga Allahyarham hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan