Projek Naik Taraf PIA Siap 54 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Kerja-kerja menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) yang berharga RM250 juta kini telah ditahap 54 peratus siap.

Pengurus Besar Kanan (Operasi) Malaysia Airports Holdings Berhad, Datuk Azmi Murad berkata pihaknya yakin kerja-kerja menaik taraf melibatkan tiga fasa utama itu siap dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada Jun 2012.

Fasa pertama melibatkan infrastruktur utama dan utiliti, fasa kedua melibatkan bangunan utama terminal dan fasa ketiga membabitkan penaiktarafan kemudahan di kawasan kapal terbang, katanya di sini Khamis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat ringkas mengenai perkembangan projek naik taraf tersebut selain membawa wakil media melawat bahagian PIA yang terlibat dengan projek berkenaan.

"Projek naik taraf yang bermula Jun tahun lepas itu berjalan lancar dan saya percaya kerja-kerja ini akan siap sehingga 75 peratus menjelang hujung tahun ini," katanya.

Azmi berkata laluan untuk bas, teksi, limosin, ambulans dan pengguna kenderaan yang telah dinaik taraf di PIA akan dibuka mulai 30 Okt ini.

"Ia akan memberi lebih keselesaan kepada pengguna PIA yang dijangka akan meningkat sehingga 6.8 juta orang menjelang 2012," katanya.

Katanya kerja-kerja menaik taraf itu juga bertujuan untuk memaksimakan jumlah penumpang khususnya ketika waktu puncak iaitu dari 1,300 ke 2,000 penumpang per jam, menambah bilangan lot tempat kereta dari 1,200 ke 2,000.

Beliau berkata tempat tuntutan bagasi juga ditambah daripada tiga kepada enam, menambah laluan di bahagian menurunkan penumpang di balai berlepas daripada dua kepada empat laluan, serta menambah bilangan tandas awam.

PIA juga akan mempunyai tempat menunggu dan laluan baru bagi penumpang domestik dan antarabangsa selain turut menambah bilangan kaunter untuk pemeriksaan imigresen, kastam dan pemeriksaan keselamatan.

"Yang penting apabila siap kelak PIA akan mempunyai 14 tempat letak pesawat berbanding sekarang hanya ada 11 sahaja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan