Pemeriksaan Terowong Smart Sentiasa Dilakukan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart) memantau sistem kawalan banjir terowong Smart pada setiap hari bagi menjamin keberkesanannya dalam mencegah kejadian banjir di ibu negara, kata Pegawai Perhubungan Awam Smart Mohd Noor Mohd Ali.

Sistem itu juga diselenggara setiap bulan agar berada dalam keadaan "sentiasa bersedia" untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir, katanya.

Beliau berkata sistem kawalan banjir Smart akan menerima isyarat kecemasan sejam awal daripada Jabatan Pengairan dan Saluran Air (JPS) apabila berlakunya banjir di sekitar ibu negara.

"Sebaik kita terima isyarat tersebut, kita akan segera menutup terowong Smart kepada lalu lintas untuk membolehkan pengaliran air ke kawasan terowong," katanya.

Smart juga telah mempertingkatkan komunikasi dengan JPS bagi mendapatkan informasi terkini keadaan paras air dan aliran air Sungai Klang.

"Sejurus isyarat dikeluarkan, pengguna jalan raya akan mendapatkan informasi keadaan semasa ke semasa melalui stesen radio dan makluman penutupan terowong turut dipaparkan melalui Variable Message System di kawasan yang terlibat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat.

Orang awam dan pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa melayari laman sesawang http://www.smarttunnel.com.my/ atau melayari Twitter dan Facebook bagi mendapatkan informasi keadaan laluan terowong dengan lebih cepat.

Sementara itu, ramalan cuaca di ibu negara oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam laman sesawangnya untuk tempoh seminggu mulai hari ini meramalkan beberapa kawasan utama di Kuala Lumpur mengalami ribut petir pada sebelah petang, mendung pada sebelah pagi dan hujan pada sebelah malam.

Antara kawasan yang diramalkan mengalami ribut petir ialah Sungai Besi, Jalan Duta, Kepong, Selayang, Setapak, Bangsar, Bukit Bintang, Ampang dan Cheras. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan