PAS Syorkan Undang-undang Sivil Turut Dipinda Bagi Suaikan Dengan Hukum Hudud

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS Kelantan mencadangkan agar undang-undang jenayah sivil dipinda bagi memastikan hukumannya setimpal dengan undang-undang hudud yang bakal dilaksanakan di negeri itu.

Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pindaan tersebut perlu dilakukan bagi memastikan hukuman terhadap sesuatu kesalahan oleh orang Islam dan bukan Islam menjadi adil dan saksama.

"Bukan mesti nak sama (hukuman terhadap orang Islam dan bukan Islam), tapi apa yang penting ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

"Kalau kita rasa hukuman kes sivil tidak berat, kita beratkan hukuman," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan sama ada undang-undang hudud PAS boleh memberi keadilan kepada penduduk berbilang agama di negara ini terutama dari segi hukuman apabila ia dilaksanakan.

Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan mengenai bentuk hukuman yang bakal diterima oleh pesalah beragama Islam dan bukan Islam bagi kesalahan yang sama.

Bagaimanapun Mohd Amar meminta semua pihak sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam agar tidak melihat hukum hudud hanya daripada sudut hukuman semata-mata.

Sebaliknya beliau berkata, tujuan hukum hudud dilaksanakan adalah untuk mencegah umat Islam daripada melakukan kesalahan yang bertentangan dengan agama mereka.

"Kalau tak buat salah buat apa nak takut? Hudud hanya untuk orang jahat, kalau tak jahat...hudud tak akan bebankan kita," katanya.

Selain itu Mohd Amar berkata, hukuman bagi sesuatu kesalahan di bawah undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan dengan mudah.

Menurutnya, proses mendapatkan keadilan bagi seseorang yang disyaki bersalah akan melalui beberapa peringkat.

"Tak perlu bimbang, bukan senang kita nak potong tangan orang. Proses pembuktian bagi sesuatu kesalahan adalah sangat ketat.

"Kadang-kadang kalau seseorang itu memang disahkan mencuri, kita kena tahu juga sebab apa dia mencuri. Kalau orang susah atau fakir yang mencuri untuk makan, hukuman tidak akan dijatuhkan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan