Mantapkan Akidah Bukan Adakan Himpunan - Hadi Awang

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS berpendirian bahawa kaedah mencegah murtad yang terbaik adalah dengan memantapkan akidah umat Islam berbanding mengadakan perhimpunan di tempat awam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempersoalkan apakah tujuan himpunan tersebut diadakan dan matlamat penganjurannya.

"Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia.

“Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan kaedah penyelesaian yang akan diambil?," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Abdul Hadi berkata PAS mengambil pendirian untuk tidak menyertai himpunan tersebut adalah sebagai menghormati gesaan penganjur yang tidak mahu melibatkan penyertaan mana-mana parti politik.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata kaedah mencegah murtad yang terbaik ialah dengan memantapkan akidah umat Islam seperti yang disarankan dalam al-Quran dan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W.

Jelasnya, pendekatan hujah dengan ilmu dan pelaksanaan hukum syariat yang tegas dan adil serta menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan adalah kaedah terbaik untuk mencegah murtad.

"PAS memilih untuk menyampaikan mesej Islam dengan cara memantapkan aqidah umat Islam sendiri secara istiqamah.

“Dengan penguatkuasaan hukum syariat secara tegas dan adil, menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam secara adil dan sempurna aktiviti murtad dapat dicegah," katanya.

Himpun yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dinegara ini diadakan untuk memperkasakan suara umat Islam di Malaysia dan menegakkan syiar Islam serta mencegah aktiviti memurtadkan umad Islam di negara ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan