Koperasi Permodalan Felda dan Kontena Nasional Jalin Kerjasama Edar Produk Koperasi

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Koperasi Permodalan Felda Bhd, menerusi subsidiarinya, Felda Trading Sdn Bhd dan Kontena Nasional Bhd pada Khamis mengumumkan kerjasama dalam bidang logistik bagi menyimpan dan mengedarkan produk keluaran koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Trading Eimir Huzaimi Md Noh berkata menerusi kerjasama itu, Kontena Nasional akan bertanggungjawab menyimpan, merekod inventori, dan mengedarkan barangan keluaran koperasi di bawah SKM ke kedai runcit koperasi seluruh negara.

"Dengan kerjasama ini ia dapat mengurangkan kos pengedaran tanpa melibatkan orang tengah seterusnya memastikan harga produk yang dijual kepada pengguna adalah berpatutan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pelancaran produk Coop 1Malaysia dan Pusat Pengedaran Felda Trading oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini Khamis.

Eimir Huzaimi berkata, dengan kerjasama itu pihaknya menyasarkan hasil jualan produk keluaran koperasi akan meningkat sehingga RM5 juta menjelang hujung tahun ini.

Felda Trading merupakan syarikat yang telah bertapak dalam bidang perniagaan peruncitan dan pemborongan dan mempunyai rangkaian kedai runcit sebanyak 240 buah di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kontena Nasional Hood Osman berkata kerjasama tersebut akan memberi banyak faedah kepada kedua-dua pihak terutama dalam meningkatkan pendapatan.

"Kita menjangkakan dengan kerjasama ini ia dapat meningkatkan pendapatan kita tahun ini dan tahun depan di mana tahun ini kami menyasarkan pendapatan RM240 juta hingga RM250 juta," katanya.

Hood berkata untuk permulaan syarikat itu akan bertanggungjawab menyimpan barangan keluaran koperasi, dan menyediakan pengangkutan iaitu 13 buah lori kontena untuk mengedarkan barangan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan