Kenderaan AGSV Ditukar Tahun Depan - Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenderaan peralatan sokongan yang digunakan bagi menyokong operasi (AGSV) pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan ditukar mulai tahun depan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kenderaan itu tidak lagi efektif untuk digunakan pada masa depan kerana kos penyelenggaraannya yang terlalu tinggi.

“Memang kenderaan AGSV banyak yang uzur dan perlu diganti. Laporan audit mengenai tahap kesiapsiagaan kenderaan AGSV milik TUDM memperlihatkan bahawa kita amat memerlukan aset baru bagi menggantikan aset-aset usang.

“Saya fikir dalam perbelanjaan tahun depan, kita akan gunakan peruntukan sedia ada untuk menggantikan aset-aset ini kerana kita sudah mempunyai siling tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek bernilai RM128,000 kepada keluarga Allahyarham Ahmad Aizat Mohd Daud yang merupakan bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara yang terlibat dalam kemalangan pada 15 Mei lepas.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendedahkan 70 daripada 74 kenderaan AGSV yang digunakan TUDM tidak mencapai tahap kesiapsiagaan yang sepatutnya kerana sudah usang.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid meminta pihak pembangkang supaya membuka mata mengenai laporan audit berkenaan agar tidak lagi mempersoalkan kenapa Kementerian Pertahanan perlu membeli aset baru ketika negara aman.

Katanya laporan audit itu adalah sesuatu yang benar dan tidak sepatutnya kerajaan ‘diserang’ setiap kali peruntukan dalam jumlah agak besar diberikan kepada Kementerian Pertahanan kerana ia dibuat berdasarkan keperluan.

“Saya harap perkara ini membuka mata pembangkang agar tidak terus memanipulasi isu dan melancarkan 'peluru' serta tohmahan kepada kami di Kementerian Pertahanan. Laporan audit adalah hakikat sebenar,” katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan