Boikot Bukan Penyelesaian Terbaik Isu Harga Ayam - Fomca

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan memboikot pembelian ayam bukan penyelesaian terbaik dalam isu kenaikan harga ayam, sebaliknya persatuan pengguna mencadangkan agar pengguna mengurangkan pembelian dan pemakanan ayam.

"Jika kita makan ayam lima kali seminggu kita kurangkan tiga kali itu sudah cukup...susah jika kita tidak mahu makan terus sebab ayam antara makanan utama kita rakyat Malaysia," katanya Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N Marimuthu ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata jika pengguna dapat mengurangkan pembelian dan pemakanan ayam, permintaan terhadap ayam dalam pasaran akan berkurangan seterusnya dapat menurunkan harga ayam.

Kenaikan harga ayam selepas musim perayaan mungkin disebabkan harga siling ayam yang ditetapkan pada musim perayaan kerana pengusaha dan penjual ayam memerlukan satu mekanisma untuk meraih kembali keuntungan mereka, katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna agar mengambil resit pembelian ayam jika harga yang dikenakan terlalu tinggi dan membuat aduan kepada kementerian berkenaan dengan disertakan resit pembelian. Marimuthu berkata penguatkuasaan terhadap harga siling ayam juga perlu sentiasa dilakukan agar harga ayam tidak membebankan pengguna pada masa ini dan masa hadapan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma'amor Osman berkata tindakan memboikot pembelian dan pemakanan ayam akan menjejaskan peniaga kecil ayam di negara ini.

"Peniaga kecil ini beli ayam bayar tunai kepada penternak, bila boikot peniaga kecil ini terbeban dengan stok yang banyak. Peniaga besar tidak terjejas sangat kerana mereka ada cara simpan stok ayam untuk tempoh lama," katanya.

Beliau berkata selain memantau harga ayam di pasaran, kerajaan juga perlu memantau kos penternakan ayam kerana kos itu mampu memberi kesan yang besar kepada harga ayam di pasaran.

Kerajaan perlu memastikan harga siling ayam yang ditetapkan bersesuaian dengan kos penghasilan serta kos lain bagi mengelakkan penternak, peraih dan peniaga ayam 'gulung tikar'.

Tindakan mengimport ayam dari negara lain bukan penyelesaian terbaik kerana harga ayam di negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia jauh lebih mahal selain turut melibatkan isu halal. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan