ATM Sedia Jadi Orang Tengah Bagi Salur Bantuan Kepada Rakyat Afghanistan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sanggup menyediakan kemudahan logistik bagi menyalurkan sumbangan dan bantuan dari mana-mana pihak kepada rakyat Afghanistan, kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain.

Katanya ATM bersedia memainkan peranan sebagai orang tengah kepada individu, sektor korporat serta badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada rakyat negara itu.

"Kita mengalu-alukan sumbangan terutama dalam bentuk wang tunai bagi membiayai pembangunan bekalan air bersih untuk keperluan penduduk di lokasi penugasan kita di Bamiyan, Afghanistan," katanya.

Beliau berkata demikain kepada pemberita selepas menyempurnakan penghantaran Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia (MALCON 3 ISAF) ke Afghanistan di Pangkalan Udara Subang, di sini, Khamis.

Turut hadir pada majlis itu ialah Panglima Markas Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Badaruddin dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Dr Abdul Razak Md Yusoff.

Mengenai bantuan kepada mangsa banjir di Thailand, Zulkifeli berkata ATM bersiap sedia untuk menggerakkan aset logistik miliknya bagi membantu mangsa banjir di Thailand sekiranya terdapat permintaan daripada kerajaan negara jiran itu.

Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis penghantaran itu, beliau berkata walaupun penugasan Malcon ISAF 3 hanya tertumpu kepada aspek bantuan kemanusiaan dan tidak terlibat secara langsung dengan operasi ketenteraan, namun aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan.

"Setiap anggota dan pegawai hendaklah meletakkan aspek keselamatan sebagai aspek paling utama serta memastikan tahap keselamatan berada di peringkat yang tertinggi pada sepanjang masa," katanya.

Seramai 35 pegawai dan anggota Malcon ISAF 3 yang diketuai Timbalan Komander Mejar Mohd Zubir Sulaiman akan mengambil alih tugas dari Malcon 2 ISAF yang hampir enam bulan melaksanakan misi di Afghanistan mulai 6 April lalu.

Kumpulan yang terdiri daripada lapan pegawai dan 27 anggota lain-lain pangkat itu melibatkan penugasan khusus kepada bantuan kemanusiaan dan tidak terlibat dengan sebarang penugasan kombat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan