4.8 Juta Rakyat Malaysia Menghidap NCD

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Hampir 4.8 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas didapati menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan ia termasuklah penyakit hipertensi dan penyakit berkaitan jantung.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kajian mendapati hampir 70 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beisiko menghidap NCD.

"Peratusan ini amat membimbangkan kementerian memandangkan NCD boleh menyebabkan kematian awal dan pelbagai jenis ketidakupayaan serta kesengsaraan hidup.

"Sehubungan itu, kementerian mengambil langkah proaktif dengan menggalakkan golongan muda terutamanya siswa dan siswi di negara ini supaya membudayakan amalan cara hidup sihat bagi mengelakkan NCD," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Siswa Sihat 1Malaysia Zon Timur 2011 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, Jumaat. Turut hadir Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) UMT, Prof Dr Norhayati Mohd Tahir.

Program kerjasama KKM dan UMT itu merupakan yang ketiga melibatkan penuntut universiti selepas ia diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak ia dilancarkan pada 23 September lalu.

Katanya antara langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan NCD ialah amalan berjalan 10,000 langkah sehari dan mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian. Dalam perkembangan lain, Rosnah berkata kementerian merancang mengadakan konvensyen untuk `Kumpulan M10' iaitu penuntut-penuntut universiti yang menyertai program berkenaan selepas tamat edisi terakhir program itu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum penghujung tahun ini.

Katanya konvensyen itu bertujuan membentangkan hasil intervensi yang dijalankan menerusi projek `Cabaran Siswa Sihat' yang melibatkan para penuntutdi keempat-empat universiti terbabit. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan