Usahawan Bumiputera Perlu Lebih Agresif: Tun Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usahawan Bumiputera seharusnya tidak mengehadkan diri dalam kelompok Bumiputera sahaja, sebaliknya cuba mendekatkan diri dengan kaum yang berjaya dalam bidang perusahaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata mereka perlu lebih agresif dan berusaha untuk mengambil peluang mengembangkan perusahaan seiring dengan kemajuan dan pencapaian kaum lain.

"Apalah salahnya kita bertanya kepada kaum lain seperti kaum Cina yang handal mengurus tadbir perniagaan mereka.

"Rantaian sangat penting dalam perniagaan. Kita harus kenal peniaga-peniaga lain. Untuk berjaya, tidak bermakna mesti 100 peratus Bumiputera," katanya pada ucaptama bertajuk "Ke Arah Visi 2020 - Di manakah Kedudukan Usahawan Bumiputera" pada simposium Usahawan anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), di sini Khamis.

Dr Mahathir berkata meskipun Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sejak 1971, meletakkan sasaran 30 peratus daripada bidang korporat dimiliki Bumiputera, namun selepas 20 tahun pelaksanaannya, hanya 20 peratus Bumiputera terlibat dalam bidang itu.

Sedikit kecewa dengan perkembangan itu, beliau berkata perkara itu berlaku mungkin disebabkan sikap usahawan Bumiputera yang mengambil mudah dan hanya mementingkan keuntungan besar dalam masa singkat.

Mengambil contoh pembahagian Permit Import (AP) yang dikeluarkan kerajaan, Dr Mahathir berkata usahawan Bumiputera ketika itu lebih cenderung menjual AP yang diberikan kepada pengusaha industri automotif yang lain berbanding menggunakan peluang itu untuk mengusahakan sendiri.

"Majoriti (usahawan Bumiputera) tidak berniaga, sebaliknya menjual AP untuk mendapat pulangan yang cepat. Pada masa itu satu AP boleh dapat RM8,000. Kalau mereka jual 10 AP sebulan, senang-senang dapat RM80,000.

"Ini bukan cara berniaga. Tidak ada usaha dan tidak ada proses pembelajaran dalam menguruskan industri automotif ini. Sebab itulah tidak ramai usahawan Bumiputera menceburi industri ini," katanya.

Dr Mahathir berkata berdasarkan perkembangan teknologi dan komunikasi, usahawan Bumiputera perlu menggunakannya sebagai platform untuk menceburi diri dalam pelbagai bidang perniagaan.

Beliau juga berharap usahawan Bumiputera yang berjaya, tidak berbangga dengan kebolehan diri dan kejayaan yang dicapai, sebaliknya haruslah menerapkan nilai-nilai murni untuk terus kekal dan maju dalam perniagaan.

Mengulas lanjut pada sidang akhbar, Dr Mahathir berharap kerajaan dapat memainkan peranan dalam memastikan lebih ramai Bumiputera terlibat dalam bidang korporat dan perusahaan.

"DEB pada mulanya kita buat untuk 20 tahun, sepatutnya kita capai matlamat. Namun pencapaian Bumiputera dalam bidang ini masih kurang. Kajian terperinci berhubung perkara ini perlu dilakukan," katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir turut meluangkan masa menjawab beberapa soalan peserta simposium yang ingin mendapatkan pandangan serta idea berhubung cabaran usahawan Bumiputera dalam bidang itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan