Tindakan Protes Kenaikan Harga Barang Hak Peribadi - Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tindakan melakukan protes terhadap kenaikan harga barangan bergantung kepada pilihan dan keperluan individu masing-masing, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

"Rakyat akan membuat keputusan sendiri mengikut keperluan masing-masing. Beli atau tidak sesuatu barangan itu terpulang kepada hak individu dan mereka yang akan membuat keputusan secara sendiri.

"Oleh itu piket atau tidak piket, boikot atau tidak boikot, rakyat yang akan membuat keputusan sendiri mengikut keperluan masing-masing," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbukanya sempena perayaan Deepavali di Kampung Attap di sini, malam Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan yang menyokong penuh saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barangan jika kenaikan itu berlaku sehingga ke tahap yang tidak munasabah.

Subramaniam berkata kenaikan harga barangan merupakan isu yang sentiasa diberi tumpuan oleh kerajaan dan ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti permintaan dan pembekalan.

"Ada faktor-faktor yang di bawah kawalan kita dan ada juga di luar kawalan. Kalau faktor kenaikan di bawah kawalan kerajaan, kita memang mengambil tindakan untuk memastikan bahawa ia tidak dinaikkan sewenang-wenangnya tetapi ada juga faktor di luar kawalan kita seperti dikawal oleh harga pasaran dunia," katanya.

Beliau berkata kerajaan sedaya upaya mengawal kenaikan harga barangan keperluan dan berharap rakyat memahami serta menyedari langkah dan bantuan yang diberikan untuk meringankan beban rakyat.

"Salah satu langkah untuk membantu menghadapi kenaikan harga barangan tersebut adalah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam belanjawan 2012 di mana keluarga yang mempunyai pendapatan yang kurang dari RM3,000 akan diberi ganjaran RM500," katanya.

Katanya kerajaan juga masih memberikan subsidi kepada beberapa barangan keperluan asas walaupun jumlahnya sedikit berkurangan.

Sementara itu, Subramaniam berkata penggubalan undang-undang untuk menaikkan had umur persaraan pekerja sektor swasta ke 60 tahun dijangka siap pada Disember depan.

Beliau berkata proses penggubalan undang-undang baru itu melibatkan pelbagai pihak serta isu yang perlu dipertimbangkan dan perhalusi sebaik mungkin sebelum dibentangkan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan