Serangan Bom Yala: Tiada Warga Malaysia Terjejas

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak terdapat laporan mengenai warga Malaysia terlibat dalam serangan bom di Bandar Yala, Selatan Thailand pada Selasa.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, mereka akan terus memantau perkembangan menerusi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan Konsul Besar Malaysia di Songkhla.

Oleh itu, warga Malaysia yang berada di tiga wilayah di Selatan Thailand -Narathiwat, Yala dan Pattani - agar cukup berhati-hati terhadap keselamatan diri, kata kenyataan itu.

"Rakyat Malaysia lain hendaklah menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke kawasan terjejas hingga kedaaan bertambah baik," tegasnya.

Pada 16 September lepas, enam warga Malaysia terbunuh sementara 19 warga Malaysia yang lain cedera dalam serangan bom di Sungai Golok, Narathiwat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan