Polis Akan Tempatkan Lebih Ramai Anggota Di Depan Dewan Undangan Negeri P.Pinang

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis negeri akan menempatkan lebih ramai anggota di kawasan bangunan sekitar Dewan Undangan Negeri pada Isnin depan untuk memastikan tidak ada pihak yang mengambil undang-undang di atas tangan sendiri dengan merantai kenderaan yang diletakkan sewenang-wenangnya di kawasan berkenaan.

Ini berikutan tindakan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia, Liew Yeow Hooi dengan merantai sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Unit Perancang Ekonomi Negeri yang diletakkan di kawasan yang tidak ditempatkan untuk kenderaan di hadapan Dewan Undangan Negeri Isnin lalu.

Liew telah dipetik sebagai berkata akan bertindak sedemikian sekali lagi apabila sidang Dewan Undangan Negeri bersambung semula Isnin depan selepas cuti rehat sempena perayaan Deepavali.

Ketua Trafik Polis Negeri, ASP Ahmad Ezzely Razali memberi amaran, hanya pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sahaja yang mempunyai kuasa untuk merantai mana-mana kenderaan yang diletakkan di kawasan yang tidak dibenarkan menggunakan alat sita yang diwartakan.

Liew ketika bertindak demikian Isnin lalu tidak mengendahkan arahan polis yang bertugas di kawasan itu agar membuka semula rantai yang dipasangnya pada kenderaan milik kerajaan negeri itu.

“Sebagai pembuat undang-undang, ahli-ahli dewan sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dengan mematuhi undang-undang. Adalah tidak adil jika hanya kenderaan persendirian sahaja yang disita jika melakukan kesalahan dengan meletak kenderaan di kawasan yang tidak digazetkan sebagai petak parkir sedangkan kenderaan milik kerajaan bebas berbuat demikian,” katanya kepada para pemberita selepas kenyataannya direkodkan oleh polis di Ibu Pejabat Polis Daerah George Town, Khamis.

Sambil menafikan yang tindakannya itu adalah bermotifkan politik atau untuk mendapatkan gimik publisiti, Liew menegaskan beliau hanya bertindak selepas pihak majlis perbandaran gagal bertindak tegas dan segera.

“Saya sendiri yang menelefon bahagian penguatkuasa MPPP menjelang tengah hari tetapi selepas tidak ada yang datang dan setelah memberi masa yang secukupnya kepada mereka, saya terpaksa mengambil tindakan di atas tangan sendiri kerana kenderaan kerajaan negeri itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas,” ujarnya lagi.

Liew juga mendakwa, terdapat sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan kenderaan yang diletakkan di tepi Leboh Light pada waktu itu sehingga menyebabkan kesesakan pada waktu tengah hari.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan