PLKN Hantar 3.5 Tan Barangan Keperluan Kepada Mangsa Banjir Di Thailand

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekretariat Alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan menghantar 3.5 tan barangan makanan serta keperluan lain ke Thailand bagi membantu mangsa banjir di negara gajah putih itu. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, ini merupakan penghantaran pertama dan bantuan seterusnya akan dihantar kemudian.

"Bantuan itu akan mula dihantar menerusi jalan darat ke Lapangan Terbang Tentera Udara Thailand di Hadyai Jumaat ini sebelum diagihkan kepada mangsa banjir," katanya kepada pemberita ketika meninjau persiapan bantuan itu di Kem PLKN Temasya Rimba Templer dekat sini, Rabu.

Latiff berkata, barangan tersebut merupakan sumbangan syarikat swasta, persatuan dan individu yang bersimpati terhadap nasib penduduk Thailand terutamanya di Bangkok yang kini menghadapi banjir yang berpanjangan.

"Sebagai negara berjiran, Malaysia perlu menjawab panggilan kecemasan yang disuarakan oleh negara Thailand dan membantu mereka menghadapi bencana alam yang sedang melanda," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan