Peguam Aziz Bari Hairan Apa Kaitan Polis Rakam Gambar Rumah Anak Guamnya Dengan Kes Siasatan

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peguam kepada Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari hairan kenapa pihak berkuasa merakamkan gambar di sekitar rumah anak guamnya itu kerana tindakan tersebut tiada kaitan atau kena mengena dengan kes yang sedang disiasat.

Dr Dzulkarnain Lokman berkata, pihah polis telah melengkapkan kertas siasatan ke atas pakar perlembagaan itu dengan mengambil gambar rumah pensyarah berkenaan di Selayang Selasa lepas.

“Pegawai penyiasat memaklumkan kepada kami bahawa mereka telah melengkapkan siasatan. Mereka tiba pada pukul 2.30 petang dan mengambil gambar dalam dan luar rumah, kira-kira selepas setengah jam kemudian mereka tinggalkan rumah Abdul Aziz.

"Bagi saya tindakan polis ambil gambar rumahnya tidak perlu, apa kena-mengena ambil gambar rumah dengan Akta Hasutan 1948?,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Sehubungan itu, Zulkarnain berkata, daripada tindakan polis itu, anak guamnya merasakan mungkin beliau akan didakwa tidak lama lagi.

“Aziz sendiri berkata kepada saya beliau mungkin akan didakwa tidak lama lagi," ujarnya.

Zulkarnain berkata beliau difahamkan pihak polis telah pun menyerahkan kertas siasatan kepada ketua Unit Pendakwaan Selangor namun kertas siasatan telah dikembalikan bagi mendapatkan butiran lanjut.

Isnin lalu, pihak polis telah pergi ke pejabat Abdul Aziz di UIAM dan mengambil komputer riba serta gambar pejabat pensyarah berkenaan untuk siasatan lanjut.

Baru-baru ini, Abdul Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Ogos lalu.

Abdul Aziz dipetik sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor campur tangan dalam isu pemeriksaan gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Beliau dilaporkan berkata, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Ekoran kenyataan pensyarah itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya.

Pensyarah kanan UIAM itu juga telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 minggu lalu.

Selain itu SKMM turut pergi ke pejabat Abdul Aziz untuk merekodkan kenyataan berhubung isu yang sama.

Akta Hasutan Seksyen 4 (1) memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan