Muhyiddin Tiba Untuk Lawatan Sehari Ke Perak

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini, Khamis untuk lawatan kerja sehari ke Perak.

Ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kira-kira 8.40 pagi disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri.

Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri enam program di daerah Kinta, Perak Tengah dan Manjung.

Lawatan dimulakan pada sebelah pagi dengan majlis Sarapan 1Malaysia di kampus interim Quest International University Perak di sini.

Beliau kemudiannya akan ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh untuk menghadiri majlis perjumpaan khas Timbalan Perdana Menteri bersama Guru-guru Agama Negeri Perak.

Timbalan Perdana Menteri dan rombongan kemudian akan menghadiri jamuan tengah hari bersama kepimpinan Barisan Nasional (BN) Parlimen Parit di Institut Latihan Kemas, Seri Iskandar.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dijadual melancarkan program 'School Times' di SMK Batu 10, Lekir, Sitiawan sebelum bergerak balik ke Ipoh untuk majlis perjumpaan dengan kepimpinan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sementara itu, Noorainee pula akan menghadiri jamuan tengah hari di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Beliau bersama isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli turut dijadual melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bakat TLDM serta melawat SRK TLDM 2.

Timbalan Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan kerjanya dengan menghadiri majlis Jamuan Deepavali 1Malaysia Perak di Little India di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan