Lantik Setiausaha Agung Asean Dari Sektor Korporat:Nazir - Berita Semasa | mStar

Lantik Setiausaha Agung Asean Dari Sektor Korporat:Nazir

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak hapada Khamis mencadangkan agar Setiausaha Agung Asean akan datang dilantik daripada sektor korporat untuk mempercepatkan integrasi ekonomi Asean dan melancarkan perniagaan merentas sempadan serantau.

Bercakap pada sesi soal jawab semasa Persidangan Asean CIMB 2011 yang pertama kali diadakan hari ini di sini, Nazir berkata rantau ini memerlukan "seseorang yang boleh benar-benar menggerakkan".

Setiausaha Agung Asean dilantik oleh Sidang Kemuncak Asean bagi tempoh yang tidak boleh diperbaharui selama lima tahun manakala yang dipilih di kalangan warga negara anggota Asean mengikut giliran abjad.

Setiausaha Agung Asean sekarang ini ialah Dr Surin Pitsuwan Thailand dan akan tamat tempoh memegang jawatan itu pada tahun depan.

"Asean perlu mempunyai kemahiran untuk menyampaikan rancangan di dunia hari ini. Oleh itu, kita perlu melihat Asean sebagai satu rantau dan menghasilkan juara Asean.

"Bagaimanapun, kebanyakan inisiatif dari organisasi Asean terhad kepada kerajaan hingga ke peringkat kerajaan.

"Jika kita melihat korporat Asean hari ini, masih banyak kekangan bagi perdagangan rentas sempadan. Inilah kekecewaan saya. Kita perlu menyokong syarikat-syarikat ini.

"Sesetengah negara lebih terbuka kepada syarikat-syarikat antarabangsa daripada Asean," kata Nazir.

Beliau berkata walaupun gembira dengan usaha kerajaan-kerajaan mengadakan kerangka kerja perbankan Aseanan, secara realitinya terdapat tentangan kepadanya.

"Saya amat bimbang bahawa dalam masa tiga tahun, kita akan melihat kesan ini (kehancuran)," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan