Kerja Dalam Satu Pasukan Jadi Teras Kelangsungan BN - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI ISKANDAR (PERAK): Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bekerja dalam satu pasukan dalam Barisan Nasional (BN) terutama di peringkat bahagian adalah teras kepada kelangsungan parti dalam membentuk kerajaan persekutuan dan negeri.

Beliau mahu kepimpinan semua peringkat BN menjulang dan mengukuhkan lagi semangat bekerja berpasukan untuk menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.

"Dalam bola sepak ada satu pasukan, dalam politik pun mesti ada satu pasukan. Kalau ada dua pasukan, jadi masalah... kalau tiga pasukan, boleh hancur. "Jika satu pasukan, ia kuat dan untuk hadapi cabaran akan datang, ia lebih genting," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari bersama 400 pemimpin dan anggota BN di kawasan Parlimen Parit di Institut Latihan Kemas di sini Khamis. Turut hadir isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata suasana dan proses politik yang mencabar pada pilihan raya umum akan datang boleh dilalui oleh BN jika Umno dan semua komponen yang lain bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh dalam satu pasukan.

Katanya BN mempunyai kekuatan yang perlu dijaga dan dalam masa yang sama menyedari pihak pembangkang juga mempunyai kelemahan yang cuba 'disorok' mereka daripada pengetahuan rakyat.

Muhyiddin berkata semua pemimpin dan anggota BN perlu menyokong sesiapa sahaja yang dipilih menjadi calon pada pilihan raya dan mengelak daripada berbalah sesama sendiri yang boleh menjatuhkan parti.

Katanya BN perlu mempertahankan kesemua kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lepas serta berusaha untuk mendapatkan semula kerusi yang ia kalah.

Timbalan Perdana Menteri kemudiaanya bertolak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 10 di Lekir, Sitiawan, bagi melancarkan akhbar sisipan 'School Times' yang merupakan inisiatif The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) bagi meningkat penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan