Kedutaan Malaysia Di Bangkok Bersiap Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kedutaan Malaysia di Bangkok membuat persiapan rapi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya banjir di Bangkok bertambah buruk.

Timbalan ketua misi, Tajul Aman Mohamad berkata pihak kedutaan akan menyediakan tempat perlindungan kepada rakyat Malaysia yang terjejas dengan banjir.

"Setakat ini keadaan di Bangkok masih terkawal. Cuma bahagian utara Bangkok yang teruk dilanda banjir, namun bahagian pusat bandar dapat beroperasi seperti biasa dan jalan-jalannya masih boleh dilalui oleh kenderaan.

"Sekiranya ada keperluan untuk menyediakan tempat perlindungan kepada rakyat Malaysia, kita telah bersedia ,” katanya dalam perbualan telefon bersama The Star pada Rabu.

Beliau berkata sehingga kini, pihak kedutaan belum menerima sebarang panggilan kecemasan daripada rakyat Malaysia yang berada di Bangkok.

“Di sini terdapat kira-kira 350 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan pihak kedutaan dan kebanyakannya merupakan tenaga profesional yang bekerja di sini. Kita tidak menerima sebarang panggilan kecemasan dan saya kebayankan daripada mereka sudah mempunyai pelan kotigensi untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Tajul berkata pihak kedutaan telah menerima banyak panggilan telefon dan kirima e-mel daripada Malaysia yang mahu mengetahui sama selamat untuk melawat Bangkok pada ketika ini.

“Kami tidak akan menasihati mereka supaya jangan datang ke Bangkok, kerana kebanyakan kawasan pelancongan di sini tidak terjejas. Bagaimanapun, bagi mereka yang datang ke Bangkok untuk bermain golf, kita terpaksa memaklumkan bahawa kebanyakan padang golf di sini terutamanya yang terletak di utara Bangkok telah ditenggelami air banjir,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) memaklumkan kebanyakan pelancong telah membatalkan tempahan tiket penerbangan serta pakej pelancongan ke Bangkok.

”Beberapa syarikat penerbangan turut menawarkan pulangan balik tiket yang ditempah kepada pelanggan yang membatalakan penerbangan mereka,” kata Timbalan Presiden Matta, John Tan.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia melawat Bangkok sehingga situasi di ibu kota Thailand itu pulih seperti sedia kala.

Sementara itu, Bernama melaporkan Sekretariat Alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan menghantar 3.5 tan barangan makanan serta keperluan lain ke Thailand bagi membantu mangsa banjir di negara gajah putih itu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, ini merupakan penghantaran pertama dan bantuan seterusnya akan dihantar kemudian. . .Bantuan itu akan mula dihantar menerusi jalan darat ke Lapangan Terbang Tentera Udara Thailand di Hadyai Jumaat ini sebelum diagihkan kepada mangsa banjir," katanya kepada pemberita ketika meninjau persiapan bantuan itu di Kem PLKN Temasya Rimba Templer dekat sini, Rabu.

Latiff berkata, barangan tersebut merupakan sumbangan syarikat swasta, persatuan dan individu yang bersimpati terhadap nasib penduduk Thailand terutamanya di Bangkok yang kini menghadapi banjir yang berpanjangan.

"Sebagai negara berjiran, Malaysia perlu menjawab panggilan kecemasan yang disuarakan oleh negara Thailand dan membantu mereka menghadapi bencana alam yangsedang melanda," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan