Jemaah Haji Digalakkan Bayar Dam, Korban Di Kaunter

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH:Jemaah haji digalakkan membuat pembayaran dam dan korban di kaunter-kaunter kewangan yang disediakan Tabung Haji bagi mengelak sebarang keraguan dalam menyempurnakan ibadah itu.

Pengurus Operasi Bimbingan Tabung Haji Nukman Fadzil berkata penyembelihan ternakan dan pembayaran dam yang disempurnakan oleh jemaah haji semasa menunaikan ibadah perlu menepati kehendak agama mengikut kaedah dan syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata jemaah haji boleh membayar sendiri dam atau mencari ternakan untuk dibuat korban, tetapi ia perlu memenuhi pelbagai syarat seperti nilai haiwan itu, saiz dan umurnya.

"Jika dibayar kepada pihak lain, dikhuatiri akan timbul pelbagai keraguan mengenai pihak yang menguruskannya atau bagaimana hendak mempastikan amanah yang diberi kepada pihak berkenaan dilaksanakan dengan sempurna," katanya kepada kumpulan media Tabung Haji di sini Khamis.

Menurutnya, Tabung Haji yang mengambil tanggungjawab menerima pembayaran dam dan korban itu dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam (IDB) akan menentukan pelaksanaan bayaran dam dan ibadah korban dijalankan secara sempurna.

Nukman berkata Tabung Haji mempunyai kumpulan petugas khusus diberi tanggungjawab mempastikan ternakan yang dijadikan korban mematuhi syarat di samping menentukan bayaran dam dan daging korban disalurkan kepada pihak yang berhak menerimanya.

Kumpulan media Tabung Haji kemudian dibawa melawat sebuah pasar haiwan ternakan di pinggir kota Mekah, Pasar Haiwan Kaa'kia yang menawarkan beribu-ribu haiwan daripada sekecil kambing biri-biri sehingga sebesar unta.

Beberapa kumpulan jemaah haji dari pelbagai negara kelihatan mencari haiwan yang sesuai untuk dijadikan korban atau membayar dam, dan menurut seorang peniaga, Jaafar Dawood, 30an, ia pemandangan biasa terutama semasa musim haji.

Pasar yang terletak kira-kira 20 minit memandu dari tengah kota Mekah dengan keluasan lebih 500 meter persegi itu dilengkapi dengan sebuah rumah khas penyembelihan bagi tujuan korban atau bayaran dam.

Jaafar, yang berasal dari Bangladesh dan berniaga di kawasan itu sejak berbelas tahun lamanya berkata biasanya apabila tiba musim haji, banyak lagi ternakan dibawa ke situ dari kawasan pedalaman dan dari negara-negara jiran seperti Yaman dan Kuwait. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan