Indonesia Disaran Tubuh Kaukus Parlimen Bincang Isu Dua Hala

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang menyarankan agar Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Republik Indonesia menubuhkan sebuah Majlis Kaukus Parlimen Malaysia-Indonesia bagi membincangkan isu berbangkit mengenai hubungan kedua-dua negara.

Beliau berkata Malaysia telah menubuhkan Majlis Kaukus Parlimen yang dianggotai 12 anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Majlis Kaukus itu, katanya, berperanan sebagai platform untuk wakil rakyat berbincang menangani masalah yang timbul melibatkan kedua-dua negara. "Elok juga kalau di pihak Indonesia ditubuhkan satu Majlis Kaukus dari MPR Indonesia untuk sama-sama kita berbincang untuk mengeratkan lagi hubungan erat bangsa serumpun Malaysia dan Indonesia. "Melaluinya, sudah pasti masalah berbangkit dapat dibincang dan dicari jalan penyelesaiannya, seterusnya menjadikan hubungan kedua-dua negara ini lebih baik, erat dan bergerak lebih progresif," katanya pada majlis makan malam sempena Pertemuan Dinamik Serantau Malaysia-Indonesia di sini malam Rabu.

Abu Zahar berkata cadangan itu sudah dikemukakan kepada Ketua Umum MPR Mohamad Taufiq Kiemas yang mengunjunginya di Parlimen pada 19 Oktober lalu.

Beliau juga berharap isu persempadanan di Ambalat dapat diselesaikan segera atas semangat persaudaraan. "Kita harapkan supaya isu ini dapat diselesaikan dengan semangat persaudaraan.

"Janganlah sampai kita terpaksa bawa isu ini untuk dibicarakan di peringkat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan mencari keputusan.

"Jika itu berlaku, sudah pasti ada pihak ketiga akan membuat keputusan demi 'rumahtangga' kedua-dua negara yang sentiasa aman dan harmoni sejak dahulu," katanya.

Pertemuan Serantau itu, yang berlangsung sejak Isnin dan berakhir Jumaat ini, menghimpunkan 60 wakil delegasi dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia dan Indonesia bagi membincangkan perkara berkaitan hubungan kedua-dua negara.

Pada perbincangan itu, para delegasi bersetuju mengenal pasti peranan yang perlu dimainkan NGO di kedua-dua negara dalam usaha mengeratkan lagi hubungan rakyat Malaysia dengan Indonesia.

Delegasi Malaysia diketuai Senator Ezam Mohd Nor manakala Indonesia oleh Ketua Editor Agensi Berita ANTARA Saiful Hadi. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan