Guru Agama Perlu Berpandangan Global:Muhyiddin - Berita Semasa | mStar

Guru Agama Perlu Berpandangan Global:Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TRONOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata guru Pendidikan Islam perlu mempunyai pandangan global dan luas dengan tidak hanya tertumpu kepada skop tanggungjawab sedia ada dalam usaha membentuk dan melahirkan modal insan yang berkualiti.

Katanya pandangan global dan luas itu tidak hanya merangkumi aspek pendidikan malah turut merangkumi pembangunan budaya, ikhtisas, politik dan sebagainya.

"Guru-guru (Pendidikan Islam) adalah ejen perubahan dan pembaharuan yang menentukan modal insan yang terbentuk dengan nilai sahsiah yang akan menjadikan penentu masa depan negara dan bangsa," katanya pada perjumpaan khas Timbalan Perdana Menteri Bersama Guru-guru Agama Negeri Perak di Universiti Teknologi Petronas di sini Khamis.

Seramai 2,000 guru agama dari seluruh negeri menghadiri majlis itu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, menyifatkan guru Pendidikan Islam sebagai mutiara yang berharga dan aset negara untuk membentuk akhlak mulia generasi masa kini bagi mencapai matlamat seperti yang digagaskan oleh kerajaan.

Katanya guru Pendidikan Islam turut berperanan membangkitkan kesedaran hidup beragama dalam kalangan masyarakat melalui penghayatan iman dan beramal soleh. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan