SPRM Buka 36 Fail Siasatan Berikutan Laporan Audit

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 36 fail siasatan berikutan isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diedarkan kepada umum semalam.

Sebanyak dua fail siasatan dibuka di ibu pejabat, dua fail di Sarawak, tiga masing-masing di Pulau Pinang dan Johor, enam masing-masing di Terengganu dan Kedah, tujuh masing-masing di Perak dan Sabah.

Menurut kenyataan SPRM di sini,Selasa, pihaknya telahpun menyiasat sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.

SPRM mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam memberi sebarang maklumat yang berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara itu.

Menyentuh soal suruhanjaya itu disenarai sebagai salah satu daripada sembilan jabatan dan agensi kerajaan yang berbelanja melebihi peruntukan, beliau berkata:

"Lebihan perbelanjaan sebanyak 0.73 peratus disebabkan menampung bayaran bonus tahunan atau bantuan khas kewangan kepada pegawai Gred 54 ke bawah mengikut Arahan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2010 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2010".

Lebihan perbelanjaan ini sama sekali tidak bermakna SPRM melanggar mana-mana arahan perbendaharaan atau mana-mana prosedur pengurusan kewangan sebaliknya ia adalah bayaran bonus yang diluluskan oleh kerajaan, jelas kenyataan itu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan