SPR Pamer 42,051 Nama Pemilih Dengan Rekod Meragukan Bermula Khamis Ini

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih yang rekodnya tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu bermula Khamis ini.

Menurut kenyataan SPR pada Selasa, nama pemilih berkenaan akan dipamerkan bersama daftar pemilih tambahan suku ketiga tahun ini di 987 tempat pameran seluruh negara.

"Senarai nama pemilih yang rekodnya meragukan bukan untuk tujuan tuntutan atau bantahan sebaliknya untuk pengesahan daripada pemilih berkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamerkan.

"Jika nama pemilih itu ada dalam senarai berkenaan, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengenal pasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan pendaftaran pemilihnya," menurut kenyataan itu.

Dalam tempoh yang sama, SPR akan turut mempamerkan senarai 264,404 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 52,215 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Ketiga 2011 bermula Julai hingga September lepas.

Menurut SPR, mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2011 itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dengan menyerahkan borang tersebut kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh ia dipamerkan.

Bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam daftar pemilih yang dipamerkan boleh dilakukan dengan menggunakan Borang C.

SPR menasihatkan mereka yang ingin membuat bantahan memastikan bantahan adalah berdasarkan kepada alasan kukuh dan tidak dibuat secara melulu.

Selain daripada mempamerkan nama-nama pemilih baru dan pemilih berdaftar yang memohon untuk bertukar alamat pusat mengundi, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih.

"Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara, telah bersara daripada angkatan tentera dan polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya," menurut kenyataan itu.

Bagi tempoh Julai hingga 15 Sept lepas, SPR mengeluarkan 69,293 nama daripada rekod pemilih berdaftar setelah disahkan meninggal dunia.

Dalam tempoh berkenaan, SPR memotong 1,068 nama pemilih berdaftar yang disahkan telah dilucutkan kewarganegaraan oleh JPN. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan