PM Sambut Deepavali Bersama Warga Akhbar Makkal Osai

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu buat julung kalinya meraikan perayaan Deepavali bersama warga akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai.

Lebih manis lagi apabila majlis itu turut meraikan ulang tahun kelahiran ke-67 pemilik akhbar itu Datuk S.Subramaniam yang juga bekas Timbalan Presiden MIC. Najib meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah mesra dengan kira-kira 1,000 masyarakat daripada berbilang kaum yang mengunjungi rumah terbuka itu.

Perdana Menteri yang sebelum itu tiba di lapangan terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang pagi tadi dari Riyadh, Arab Saudi, terus menyertai sambutan itu yang diadakan di Bangunan Peladang, Koperasi Kebangsaan Pemodalan Tanah Berhad (NLFCS), Jalan Templer.

Perdana Menteri kemudian menghadiri sambutan Deepavali anjuran MIC di perkarangan kuil Batu Caves sebelum ke Stadium Badminton Kuala Lumpur di Cheras bagi memenuhi undangan sambutan Deepavali anjuran Hindu Sangam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan