Perkasa Tidak Berhasrat Saingi Umno - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan kekal sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak berhasrat menyaingi atau mengatasi peranan Umno sebagai tunggak pemerintahan negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa tidak akan menukarkan statusnya kepada parti politik, sebaliknya akan berperanan sebagai benteng pertahanan negara daripada ancaman musuh yang cuba menggugat Perlembagaan Persekutuan, keharmonian agama, perpaduan rakyat, kesejahteraan ekonomi, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Perkasa ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan yang menunjangi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

"Justeru, Perkasa tidak boleh dilihat sebagai sebuah pertubuhan rasis, organisasi Melayu ultra atau persatuan perkauman apabila ia hanya bertindak melindungi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera semata-mata," katanya kepada pemberita selepas berucap pada perhimpunan agung kedua Perkasa di Setiawangsa, Rabu.

Mengenai pilihan raya umum akan datang, Ibrahim berkata Perkasa sudah bersedia dengan jenteranya bagi membantu memenangkan parti pemerintah.

"Di setiap Dewan Undangan (Negeri) terdapat tidak kurang 500 anggota Perkasa manakala dalam setiap kawasan Parlimen pula, anggota Perkasa mencecah 6,000 orang dan mereka ini mampu menentukan landskap politik negara pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ibrahim menggesa kerajaan terutama Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji semula bantuan pelajaran kepada penuntut yang melanjutkan pengajian di luar negara.

Beliau berkata, ini disebabkan kos menghantar seorang penuntut ke luar negara mencecah RM1.2 juta, sedangkan jumlah itu membolehkan tiga yang lain belajar di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara. "Lebih teruk lagi, jika pelajar terbabit enggan berkhidmat di dalam negara selepas mereka tamat pelajaran, dan ini hanya akan merugikan kerajaan," katanya.

Ibrahim juga meminta kerajaan menambah peruntukan kepada sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran kerana jumlah dalam Belanjawan 2012 hanya RM100 juta dan ia tidak mencukupi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan