Objek Disangka "Bom" Kejutkan Pemandu Wanita - Berita Semasa | mStar

Objek Disangka "Bom" Kejutkan Pemandu Wanita

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita terkejut apabila mendapati objek menyerupai sebutir bom dilekatkan pada tayar belakang kenderaan pacuan empat rodanya di Sri Hartamas di sini, Rabu.

Wanita itu, yang tidak mahu dikenali, berkata, kewujudan 'bom' terbabit disedari seorang pencuci kereta ketika dia menghantar kenderaannya ke pusat mencuci kereta.

"Saya dimaklumkan mengenai `bom' itu di belakang tayar kereta selepas dimaklumkan oleh tukang cuci kereta, semasa kereta saya hendak dicuci kira-kira 12 tengah hari tadi," katanya yang segera memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superitendan Aida Abdul Hamid mengesahkan menerima aduan mengenai perkara itu dan Unit Pengesan Bom telah dipanggil bagi membantu melakukan pemeriksaan ke atas objek itu.

"Namun siasatan yang jalankan mendapati objek yang dilekatkan di tayar kenderaan pengadu bukan bom tetapi antena," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan