Najib Garis Empat Dimensi Aspirasi Greater KL

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Selasa menggariskan empat dimensi yang dikenal pasti dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), bagi penyempurnaan aspirasi Greater KL/Klang Valley, yang bermatlamat mencapai kedudukan 20 tangga teratas bagi bandar raya yang mempunyai pertumbuhan ekonomi mampan.

Menurut Najib, dimensi pertama iaitu Greater KL/Klang Valley sebagai "Magnet" yang bermaksud menarik lebih banyak syarikat multinasional atau syarikat antarabangsa yang dinamik supaya menempatkan ibu pejabat global atau serantau di Greater KL/Klang Valley.

Dimensi kedua iaitu Greater KL/Klang Valley Connect ialah hubungan jaringan serantau dalam memajukan system pengangkutan bagi menghubungkan Greater KL/Klang Valley, dan pada masa yang sama, hubungan jaringan dalam bandar menerusi pelaksanaan Transit Aliran Berkapsiti Tinggi (MRT).

Dimensi ketiga iaitu Greater KL/Klang Valley New Places iaitu bagi destinasi berpotensi tinggi dalam Greater KL/Klang Valley yang dikenal pasti sebagai tempat menarik dan akan dinaik taraf untuk meningkatkan "kesesuaian dihuni " bagi penduduk dan menarik pelancong untuk melawat Greater KL/Klang Valley.

Dimensi keempat iaitu Greater Kl/Klang Valley Enhanced Services bertujuan memperlihatkan jurang antara perkhidmatan asas yang akan diberi tumpuan bagi memastikan ia berfungsi dengan baik bagi meningkatkan kesesuaian bandar raya untuk dihuni, dan pada masa yang sama juga akan melonjakkan sektor pelancongan.

"Kita telah menyasarkan untuk berada dalam senarai 20 tangga teratas dunia bagi "bandar raya sesuai untuk dihuni" menjelang 2020," katanya dalam teks ucapannya pada majlis pelancaran KL Metropolis di perkarangan MATRADE, di sini, Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Selain itu, projek dan inisiatif utama yang dirancang dalam RMK-10 ke arah mentransformasikan Greater KL menjadi sebuah bandar bertaraf dunia juga termasuk Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), pembangunan semula lapangan terbang Sungai Besi, pembangunan perbandaran Sungai Buloh dan Pusat Malaysia Truly Asia.

Najib juga mahukan komitmen daripada Naza TTDI dalam memastikan KL Metropolis memain peranan penting dalam memenuhi aspirasi Kerajaan, agar Greater KL menjadi penjana ekonomi negara di samping merealisasikan visi menjadikan Kuala Lumpur sebuah Bandar raya mercu jaya bertaraf antarabangsa.

Menurut Najib berdasarkan lokasi yang cukup strategik, ia pasti akan menempatkan KL Metropolis sebagai lanjutan kepada pusat Bandar Kuala Lumpur.

"Saya juga difahamkan KL Metropolis akan menyediakan sebuah hab untuk menjalankan aktiviti runcit dan kebudayaan, ruang pejabat dan perumahan; serta penempatan Pusat Pameran Eksport Malaysia (MATRADE) yang baharu dan sebuah mercu tanda ikonik.

"Saya berharap KL Metropolis akan berjaya menarik syarikat-syarikat dan pelabur luar negara daripada pelbagai sektor," katanya.

Dengan menggabungkan unsur-unsur pembangunan pintar, bangunan hijau dan reka bentuk yang mampan, Najib berharap pembangunan KL Metropolis akan mengorak langkah bagi projek-projek pembangunan lain di Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan