Air Asia X Kini Terbang Dari Lapangan Terbang Gatwick Di London

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Air Asia X mengubah operasi pangkalannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Stansted London ke Lapangan Terbang Gatwick, dengan penerbangan sulung berlepas pada pukul 5.25 petang (GMT) Isnin.

Ketua Komersil Asia X Darren Wright berkata langkah itu akan membantu merangsang pertumbuhan laluan Kuala Lumpur-London.

"Kami mahu terus memberi tambang yang menguntungkan kepada penumpang, serta menjalankan promosi untuk menggalakkan penumpang melakukan banyak perjalanan dari dan ke London serta Kuala Lumpur," katanya pada pelancaran penerbangan itu di sini semalam.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu memutuskan untuk menukar lokasi operasi lapangan terbangnya pada Julai bagi menyediakan penumpang dengan lebih banyak opsyen penyambungan perjalanan.

Pelawat yang tiba di London menerusi Lapangan Terbang Gatwick boleh mendapat manfaat penyambungan perjalanan ke pelbagai bandar raya di United Kingdom (UK) dan destinasi lain di Eropah.

Air Asia X memulakan penerbangan ke London pada Mac 2009.

Syarikat penerbangan itu menawarkan penerbangan tiga kali seminggu pada November dan akan menambah kekerapan sehingga enam kali seminggu mulai Disember 2011 hingga Mac 2012.

Lapangan Terbang Gatwick ialah lapangan terbang satu landasan yang paling sibuk di dunia dan kedua paling sibuk di UK.

Ia terletak kira-kira 45 km dari London. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan